Dikala kita kehilangan

Dikala cinta tidak perlu dimiliki,
Dikala itu Cinta manusia bila-bila masa boleh berubah,
Dikala itu yang terjadi pilih la cinta Ilahi,
Kerana cinta ilahi tidak pernah berubah.

Ezzaty duduk tanpa bicara dan memikir perkara yang sangat menyedihkannya dikala seorang insan yang disayangi akan dimiliki insan lain.Didalam hati,Ezatty meluah tanpa bicara dengan kata hanya luahan dihati yang boleh menenangkannya, “Dia insan yang pernah berada di dalam sanubari ini ,dengan seribu satu kasih yang abadi.Aku hanya wanita yang alpha dengan segala lumrah kehidupan. Mengenali Engkau disaat gembira dan sedih mengajar aku seribu kali kekuatan atau kesediaan tanpa disedari tanpa bicara tanpa melangkah pergi menjauh. Jatuh engkau adalah jatuh aku, Senang engkau adalah kesenangan aku, kesedihan engkau mengajar erti untuk aku memberi kekuatan kepada engkau. Dikala berjauhan membuat aku terasa kesepian.. Hari ini terjadi 1001 jawapan yang telah engkau berikan  tanpa ku sedari.. “Mengejar cinta yang tidak pasti” … Bait-bait kata engkau membuat aku 1001 kekecewaan tetapi itu tidak membuatkan aku kesedihan yang berpanjangan kerana aku tahu itu pilihan yang membahagiakan engkau”.Hanya dalam bicara hati sahaja yang mampu untuk diluahkannya.

Ezzaty tersedar dari lamunan yang begitu berpanjangan. Ezzaty “eh apa yang aku perlu ingatkan lagi dan kenapa aku perlu memikirkan seseorang yang telah meninggalkan aku tanpa bicara”. Tanpa membuang masa ezzaty melangkah keluar dari biliknya.Aliya menegurnya yang sedang dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengejar masa untuk pergi kerja. “Zaty, kau mahhu kemana tu,kerja ke hari ini?”.. Ezzaty dengan slumber menjawab sambal menyiapkan apa yang diperlukan. “Aku banyak kerja yang perlu disiapkan jadi hari cuti pun perlu ke pejabat untuk aku siapkan apa patut la. Okey la aku gerak dulu”. Aliya hanya mampu memandang zaty yang melulu terus ke pintu.

Setibanya ezzaty sampai ke pejabat dan terus menunjuk ke pintu lift tanpa memandang sesiapa kerana disaat itu, beliau mengejar masa tiba awal ke pejabatnya. Ezzaty memandang sesorang yang pernah dia kenali suatu ketika dahulu, seseorang yang pernah mengecewakan dan meninggalkan 1001 kesan yang sangat mendalam tanpa mudah diubati.Ezzaty melihat seseorang itu dan beliau langsung tidak memandangnya ataupun menegurnya.Swaktu beliau keluar sahaja dari lift,lelaki tersebut mengejarnya lalu menegurnya. “Eh,you zaty,kenal I lagi tak? Kenapa you melarikan diri?”Tanpa membalas bicara tersebut, ezzaty hanya berkata dengan dirinya sendiri “kenapa dia berada disini dan mengapa perlu hadir kembali dalam kehidupan aku lagi?.Ye! dia la Shah Iskandar”

Situasana di pejabat penuh keriuhan yang menyatakan adanya perkerja baru yang bakal mengantikan Encik Rizal yang telah bertukar di cawangan baru.Tanpa memikirkan perkara tersebut ezzaty hanya duduk ditempatnya lalu terus menyiapkan kerja yang bakal ditunjukan kepada Dato Azlan untuk bertemu dengan pelanggan yang bakal tiba ke Malaysia pada keesokkan hari nya.Tengah muka yang serius Ezzaty cuba untuk menyiapkan kerjanya tanpa menyedari waktu makanan tengah harinya telah habis.Dia mula merasa lapar kerana dari pagi tadi tidak menjamah sedikit makanan untuk di alaskan sementara menunggu kerjanya selesai.

Sewaktu dia sedang menyelesaikan kerjanya, hadir seseorang di tempat duduknya dari bauan minyak wangi yang telah dia kenali suatu masa dahulu cukup membuat rasa benci dan rasa seperti dikhianati hadir dengan sendiri.Tanpa memandang siapa gerangan seseorang yang hadir tu,dia terus menyiapkan tanpa menghindarkan kehadiran insan tersebut.Shah Iskandar “ Hai Ez,you tak kenal I ke? Kenapa dari pagi kita ketemu you sedikit tidak memandang I malah you banyak mendiamkan diri tanpa sedikit bicara untuk I yang baru sahaja dating kesini’’. Ezzaty “Is,if you hadir nak menganggu I yang sedang menyimpankan kerja nie.I mohon sangat you pergi la ke tempat you,Encik Shah Iskandar”.Ezzaty hanya memandang skrin komputer dihadapnya.

“Tiada bicara yang mampu menenangkan aku lagi, janji yang telah kau taburkan lalu kau hancurkan dengan segalanya,kepercayaan aku?kejujuran aku? Kesetiaan aku? Kau campak tepi jalan sahaja!.kenapa sekarang kau boleh hadir dan menjadi sebahagian rakan sekerja aku hah Iskandar!” Ezzaty hanya mampu menangis bila mengingatkan kembali apa yang berlaku 6tahun dulu sewaktu Iskandar, insan yang terlalu dia sayang berpaling tadah dengan orang lain dan terus meninggalkannya tanpa sedikit sempati terhadap Ezzaty.Ezzaty bangun dan solat untuk menenangkan hatinya yang mula kesedihan kerana mengingati kisah silam 6 tahun dahulu.

Selepas Ezzaty menyelesaikan solatnya. Dia terus ke bawah dan berbual bersama Aliya dengan apa yang berlaku siang tadi di pejabatnya.Aliya dengan muka yang sangat terkejut dan mengharapkan ezzaty tidak akan kembali semula kepada Iskandar yang telah membuat Ezzaty hampir merana pada setiap masa memikirkan tentang hubungan mereka yang telah dikhianati oleh bekas kekasihnya itu.Aliya selalu mengharap semoga ada lelaki yang mampu jaga sahabatnya itu dengan baik dan tidak lagi mengecewakan ezzaty seperti mana yang telah Iskandar lakukan terhadap ezzaty suatu ketika dahulu.












Comments